Posts

Showing posts from April, 2021

Agar-agar lumut

 Bahan-bahan: Sepekat agar-agar 25gm 9 cawan air 2 cawan gula - boleh kurangkan kepada 1 3/4 cawan Secubit garam 2 sudu besar sirap ros 1 biji telur 100ml santan kotak kara (bancuh dengan setengah cawan air) Satu sudu kecil esen vanila Cara-caranya: Basuh agar-agar dengan air. Masukkan agar-agar yang telah dibasuh ke dalam periuk bersama 9 cawan air. Apabila agar-agar larut, masukkan gula dan garam. Setelah gula larut, masukkan sirap ros. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan telur, santan, dan esen vanila dalam satu bekas dan kacau sebati. Masukkan campuran telur tadi ke dalam agar-agar semasa ia mendidih dan biarkan seketika baru kacau.  Masukkan agar-agar ke dalam acuan, biarkan sedikit sejuk dan masukkan ke dalam peti ais. Sedia untuk dihidangkan setelah agar-agar keras