Agar-agar lumut
Bahan-bahan:
Sepekat agar-agar 25gm
9 cawan air
2 cawan gula - boleh kurangkan kepada 1 3/4 cawan
Secubit garam
2 sudu besar sirap ros
1 biji telur
100ml santan kotak kara (bancuh dengan setengah cawan air)
Satu sudu kecil esen vanila
Cara-caranya:
- Basuh agar-agar dengan air.
- Masukkan agar-agar yang telah dibasuh ke dalam periuk bersama 9 cawan air.
- Apabila agar-agar larut, masukkan gula dan garam.
- Setelah gula larut, masukkan sirap ros. Kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan telur, santan, dan esen vanila dalam satu bekas dan kacau sebati.
- Masukkan campuran telur tadi ke dalam agar-agar semasa ia mendidih dan biarkan seketika baru kacau.
- Masukkan agar-agar ke dalam acuan, biarkan sedikit sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
- Sedia untuk dihidangkan setelah agar-agar keras
Comments
Post a Comment